Wednesday, December 1, 2010

Senarai Semak Bakal Pengantin

12 Bulan Sblm Majlis Perkahwinan
1.Pilih tarikh utk majlis nikah dan sanding.
2.Cari dan pilih lokasi utk majlis,waktu jamuan dan tempahan makanan(Katering)
3.Menentukan gaya serta tema utk sanding.
4.Mulakan utk bt bajet.
4.Memilih perancangan majlis perkahwinan yg terbaik dan ikut ler kemampuan korag yeee..
5.Dah boleh mengumpul nama tetamu.
6.Memilih pengapit,pengiring serta pengacara majlis.
7.Memilih cincin pernikahan.
8.Memilih kek pengantin.
9.Memesan cenderahati utk tetamu.Ermm Aku Maybe tk bt paper beg kot..

5 Bulan Sblm Majlis perkahwinan
1.Menyelesaikan semua urusan persandingan(Bayar deposit,Pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian)
2.Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan.(Kad Undangan,Kek Kawin,Jurugambar,Jurusolek dan Lain-lain)
3.Menghubungi kadi dan pej agama islam.
4.Menghubungi saksi pernikahan.
5.If ada duit gi la bt rawatan kt spa yeee..

2 Bulan Sblm Majlis Perkahwinan
1.Menyenaraikan nama tetamu.
2.Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis.
3.Cari tempat utk honeymoon.
4.Mengaturkan tempat tinggal saudara yg dtg dr jauh.
5.Memastikan rawatan spa secara intensif.
6.Memastikan bunga telur dan cenderahati yg ditempah siap.
7.Memastikan ukuran baju anda sesuai dgn bentuk badan.

Sebulan Sblm Majlis Perkahwinan
1.Mula mengirim kad undangan utk saudara jauh.
2.Memastikan cincin anda dlm ukuran yg betul.
3.Berbincan dng jurufoto konsep gambar yg anda inginkan.
4.Menempah penginapan utk percutian honeymoon.
5.Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan,persandingan dan resepsi lengkap.
6.Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung.

No comments:

Post a Comment