Tuesday, April 30, 2013

Air Ketuban Leaking Di Minggu Ke 33

11.3.2013 Maz dimasukkan ke hospital besar ipoh disebabkan berlaku kebocoran air ketuban, Selama seminggu maz berada didalam wad untuk doktor memantau keadaan maz, Selama seminggu berada di sana, Amatlah membosankan, bukan apa, tak ada aktiviti yang best pun nak dibuat disana, Hanya makan minum tidur dan buat pad chart,

Selama berada disana, suami sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya, dan suami pulak boleh main-main cakap "baby tak sabar la tu nak keluar".. Cuma dalam hati aku berharap yang baby tak akan keluar lagi, Sbb kandungan maz baru jee 33 minggu, Klu boleh nk cukup minggu baru bersalin.

18.3.2013 doktor scan air ketuban maz, dan doktor dapati air ketuban semakin kurang, dan doktor memberitahu maz kena bersalin hari ini atau esok secara paksa dengan memasukkan ubat untuk membuka laluan baby keluar.

Apa Itu Air Ketuban?
Air yg melindungi bayi dalam rahim, Tanpa air ketuban bayi boleh mati kelemasan dan air ketuban melindungi bayi dari gegaran dan hentakan daripada luar. Air akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang kehamilan.
Air ketuban boleh pecah samaada secara sendiri ataupun menerusi prosedar tertentu.

Salah satu penyebab ketuban pecah ialah prosedar memecahkan air ketuban yang dilakukan oleh doktor sewaktu ibu mengalami kontraksi. Selain itu air yang berlebihan pula boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah.

Jika ketuban pecah melebihi 24jam, Kuman boleh menjangkiti janin melalui pneumonia. Jangan pandang ringin bila air ketuban pecah terlalu awal. Segeralah berjumpa doktor untuk kepastian dan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...