Monday, July 30, 2012

Masih Menyusu Walaupun Si Ibu Sudah MATI

Tikus??? Mesti ramai yang geli dengan tikuskan,termasuklah aku sekali. Hari ahad lepas aku,suami dan mertua pergi rumah opah belah laki aku untuk pasang CCTV kat sana,Cian opah kebun dia orang wat jahat lak. Lps pasang CCTV laki aku betulkan lampu kalimatan yang dah rosak tu. Masa nak buka penutup tu ada bau terbakar,ingatkan disebabkan wayar.Bila buka je lampu tu punya penutup,jatuh la 3 ekor tikus..ermmm yang amat sedih, apabila 2 ekor anak tikus yang masih merah sedang menyusu,padahal si ibu telah pun mati. ermmmm tak penah aku tengok benda sedih macam ni. kesian pulak aku tgk anak2 tikus tu..



Wednesday, July 18, 2012

Cameron Highland 15.7.2012


Hi Semua. Hari ini baru maz dapat nk update blog maz yg usang ini. Cameron Highland merupakan tempat pelancongan tanah tinggi yang popular di Malaysia untuk orang luar dan dalam negeri..Baru-baru nie maz n family belah suami jejalan di cameron highland, En suami yang nak sangat pergi sana,biasa la nak test drive kereta baru dia. Lagi  pun dah lama maz tak pergi cameran highland dan dah lama tak keluar dari ipoh nie hehehe..


Now cameron highland tidak sejuk macam dulu. Kalau dulu memang sejuk sangat-sangat sampaikan bila bercakap keluar asap dari mulut kita. ermmm maybe lapisan ozon dah terlalu nipis dan bumi kita dah makin tuakan.


Sepanjang berjalanan kesana semuanya okey sahaja. Maklum laa kereta 1.6 lak tu kan hehehe.. naik bukit ok ajeee laaaa. Tempat pertama yang kami pergi adalah ladang teh (Cameron Bharat) tapi kami tk minum pun teh kat sana. Maklum laa bru je lps sarapan dalam 2 jam lebih macam tukan. So kami hanya bersiar-siar didalam ladang teh tu dan tidak lupa juga untuk bergambar bersama family.Itu perkara wajibkan.



CAMERON BHARAT







Dah puas bersiar-siar dalam ladang teh tu, Kami semua bergerak ke tempat lain pula. Now kami nak pergi ke Big Red Strawberry Farm dan Cactus Valley Pulak. Adoiii mmg kelakar gila laaa sepanjang perjalanan nak kesana.. Dengan Hujan Lebat dan jalan jem pulak tu lepas tu jalan dah lain, sampai 3 kali kami pusing nak cari Big Red Stawberry Farm tu.. hehehe Pusing punya pusing jumpa la tempat yang hendak dituju. Tempat parking kat sana punya la tinggi bukitnya. Tak lepas lak kete gen2 1.6 nak naik hehehe rupa-rupanya CLUTCH dah lama tak tukar. Adoiii Apa Lagi Menolak Laaa.. hehehe Tapi bukan kereta laki aku jeee tak lepas naik oooo kereta HONDA Yang mahal pun tak lepas.Nasib baik pak mertua cekap disaat2 kejadian tu terjadi. Cayaaa laaa pak mertua ku hehehe..

Ermmm bila dah parking kereta pak mertua aku masih susah ati.Pada mulanya dia rasa break yang masalah. Dia risau balik nanti takut break tak boleh pakai.Dalam setengah jam kami Kat Big Red Strawberry Farm tu pak mertua dan en suami pergi bengkel area situ, sampai sana bila mekanik cek memang CLUCTH dah lama tak tukar. Rupa-rupanya bukan kereta laki aku ajee ada masalah yang sama.. hehehehe ada 4 biji lagi kereta mengalami masalah yang sama.. Mekanik tu cakap masih boleh pakai lagi tak ada apa2..Cuma dekat bukit dia ada masalah jee.. Jalan biasa okey ajeee.. So kami berpakat2 laaa dengan 4 biji kereta tu sekali nanti nak balik, balik ramai-ramai. hehehe dah settel Pak mertua dan en suami datang semula di Big Red Strawberry Farm untuk join bersama kami.

Sebelum sampai sana memang dah mengidam nak makan Yogurt Strawberry hehehe So hari inilah masanya untuk aku makan hehehe nyam nyam nyam. Lps makan baru leh bergambo didalam Big Red Strawberry Farm.


BIG RED STRAWBERRY FARM






Ehh terlupa pulak nak bagi tahu kat korang semua, dekat Big Red Strawberry Farm Itu ada Cactus Valley juga,dalam cactus valley tu bukan sahaja cactus tau, Bermacam-macam jenis bunga ada dalam tu. Buah tomato pun ada, dan sayuran pun ada juga. Senang cakap macam-macam ada. hehehe


CACTUS VALLEY
















Monday, July 9, 2012

Makanan Anti Perut Buncit

Kita tidak perlu beria-ia berdiet demi untuk mendapatkan perut rata tanpa lemak. Cukuplah dengan memilih makanan yang betul dan tambahkan pengetahuan dengan pelbagai jenis makanan yang betul. Aturan ini mungkin akan membuatkan perut rata seperti yang kita impikan.

Penelitian dari Framingham Nutrition Studies magatakan bahawa ada beberapa jenis makanan yang berpontensi mengurangkan lemak di bahagian perut. Dikatakan wanita yang mengambil 400 kalori lebih sedikit setiap hari berisiko untuk mempunyai perut buncit 2 1/2 lebih tinggi. Ditambah pula dengan risiko lain seperti gangguan penyakit diabetes dan serangan jantung.

Sebab itulah, kita jangan berharap dengan pengambilan 3000 kalori dalam seminggu akan membuatkan perut rata. Untuk memastikan perut kita rata bukan hanya berkaitan dengan kalori tetapi juga melibatkan makanan yang masuk ke dalam badan kita.

Sumber dari majalah rapi bil 191 (m/s88)

Makanan Penyebab Perut Buncit

Dalam melakukan program diet,kita harus menghindari makanan-makanan yang boleh menggemukkan kita. Senaman sahaja tidak mencukupi tanpa kawalan makanan yang menjurus kepada perut buncit. Kita perlu berwaspada dengan makanan dan minuman untuk mengelakkan masalah perut buncit.

GARAM
Pengambilan garam secara berlebihan bukan sahaja berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi. Tetapi akan membuatkan badan kita mengikat banyak air. Ia boleh membuatkan kita lesu, penampilan tidak menarik dan berat badan bertambah kerana penyerapan air dalam yang banyak.

KARBOHIDRAT
Otot memerlukan karbohidrat untuk bergerak. Ini kerana di dalam badan, karbohidrat diubah menjadi glikogen. Dikatakan per gran glikogen mengandungi 3 gram air. Jadi, untuk hidup yang lebig sihat, hadkan diri dalam mengambil makanan yang terdiri dalam kategori karbohidrat supaya badan kita tidak mengalami kenaikan berat badan. Lebih baik jika kita bersenam untuk membakar lemak dan membuang air (glikogen) hasil dari karbohidrat.

BERGORENG
Makanan yang bergoreng adalah sumber makanan yang kaya dengan lemak. Makanan berlemak ini akan dihadam lebih lambat sehingga ia mengumpul di bahagian dalam perut.Lemak yang baik bagi badan kita adalah MUFA(Monounsaturated Fatty Acids) yang berfungsi untuk menghancurkan lemak-lemak di perut. MUFA banyak terdapat dalam minyak zaiton, kacang-kacangan, avokado dan dark chocolate.

MINUMAN BERKARBONAT
Ciri utama minuman berkarbonat adalah gas-gas yang terdapat di dalamnya. Tahukah anda, di manakah gas-gas itu hilang ketika kita minum?. ermmm sudah pasti di bahagian perut kita. Ini belum lagi jumlah gula yang ada di dalamnya akan membuatkan kita berisiko mengalami diabetes.





Sumber dari majalah rapi bil 191 (m/s 87)

Minta Dimanjakan Dan Dibelai

Tengak laaa meow aku nie. Kesian dia kena tinggal 2 hari kat rumah sebab aku balik kampung..ermmm niat hati nak bawak meow aku nie sekali. Tapi risau pulak klu bawak nanti kat kampung dia hilang.. So terpaksa laaa tinggalkan dia dekat rumah keseorangan.. 2 hari tanpa dimanja dan dibelai-belaikan.

Balik dari kampung,Sampai jee dirumah dah dengar suara meow aku.. Buka je pintu rumah dia dah geser-geser kepala dia dekat kaki aku.. First mesti dia laparkan kedua dia nak manja dan mintak dibelai.. So lepas jeee dia makan baru boleh manja-manja dan belai-belai meow aku nie.. Meh sini tengok aksi meow aku bila dpt dibelaikan..SUka sangat dia... hehehe


Alahaiii Siap Peluk Tangan Aku.


Sukanya Dia..

Apabila Sudah Kelaparan

Teringat zaman sekolah rendah dulu. Makanan favorite aku adalah nasi putih + telur mata kerbau separuh masak + kicap hehehe sedap oooo.. So 2 hari lps tiba2 je aku nak makan makanan favorite aku tu.. 


Telur Mata Kerbau + Nasi Putih + Kicap


Wednesday, July 4, 2012

Berdiam Diri Lebih Baik Daripada Berkata-kata

Ini sekadar luahan hati aku,Bila ada sorang kawan membuat fitnah keatas diri aku.Mula-mula memang aku rasa sakit hati dan rasa geram sangat-sangat.Hinggakan aku boleh update status kat facebook dengan kata-kata marah dan maki hamun. Bila difikirkan semula,rasa macam bodoh jee..Bukan rasa bodoh but memang bodoh pun..

Now bagi aku banyak kelebihan jikalau kita sentiasa berdiam diri daripada orang yang suka berkata-kata.Ermmm orang sekarang lebih suka berkawan dengan orang yang suka bercakap dan orang yang suka berdiam diri dianggap penakut dan bodoh. ermmm biasa laaa manusia..

Setiap hamba allah yang bernama manusia sentiasa akan berbicara setiap masa,Jikalau bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada semua orang.. Jikalau kita berbicara tidak mengikut adab,banyak la keburukan yang akan berlaku.

Apabila banyak berbicara benda yang tidak baik,maka banyak laaa manusia didunia akan membenci kita.
Banyak kelebihan bila kita selalu berdiam diri.. Riwayat Abu Naim,"Barangsiapa yg banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya,nescaya banyaklah dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya.




My Pet

Hari nie entah kenapa,aku rindu sangat-sangat kat kucing aku.. ermmmm alang-alang dah rindu, leh aku update sikit pasal kucing kesayangan aku tu.. Nama dia NEO.. Kucing nie laki aku terjumpa kat pekan,Maybe ada orang buang dia kan.. So laki aku pun bawak la dia balik rumah..Sekarang dah besar pun,Comel macam aku juga hehehe.. Neo nie memang manja sangat dan dia memang kucing yang bijak.walaupun first time bawak balik rumah dia tahu mana dia nk kencing dan berak.. Mula-mula nampak dia macam nak korek2 lantai kan. Jadi laki aku pun cepat-cepat angkat dia letak dalam toilet.. Dia pun apa lagi kencing laa dalam toilet..Pagi esoknya aku bagun pagi tgk2 ada taik betul2 dekat dengan lubang tempat air nk keluar tu dlm toilet.. Ya Allah bijak betul laaa Si Neo Nie.. Sampai skrg mmg tk penah pun dia berak and kencing dlm rumah.. Tu yang syg sgt2 dengan kucing aku nie..






Bcq Bunga Chinta Qurniea Photoshoot

Kali nie maz shoot koleksi baju dari pemborong. Abg nie maz tak penah jumpa pun. Just berhubung melalui facebook aje. Maz shoot kat Taman Botani Ipoh Perak..Koleksi baju,abg tu yang pos kan kat maz..
Klu korang nak tgk koleksi baju dia boleh la singgah di facebook dia..
https://www.facebook.com/bungachintaqurniea


 Photo Dari Yob Dabai

  Photo Dari Yob Dabai




 Photo Dari Yob Dabai



 Photo Dari Yob Dabai

Tuesday, July 3, 2012

Spaghetti Carbonara

Malam-malam malasnya aku nak masak..Bukan apa byk sangat kerja kat office tadi..So mlm nie aku masak Sparhetti aje laaa untuk en suami yg kuat makan tu..Cara nak masak sangat simple sbb bahan-bahan tak cukupkan..Kosong je peti ice aku nie,Biasa laa hujung bulan katakan hehehehe :P

Bahan-bahan
1. Spaghetti yg telah direbus
2. Bawang putih
3. Carrot
4. Setengah tin carbonara brand prego


Cara masak
1.Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan carbonara prego.
2. Tambah air sikit dan masukkan carrot dan klu ada daging kisar boleh masukkan sekali.
3. Sudah mendidih bolehlah dihidangkan.



Cornetto Ice Cream

Wahhh hujan2 pun en suami mau makan ice cream,katanya teringin,adehhhh yang aku peliknya.dari semalam dia asik makan ice cream ajeee.. ermmm semlm ice cream RM1.00 hari nie beli mahal sikit.. Rasanya semua orang suka CORNETTO kan.. En suami beli 2 ice cream. 1 aku punya perisa vanilla dan dia punya pulak black & white..

Actually layan jugakan makan ice cream hujan-hujan nie..Rasa nikmat tak terkata hehehe nyammm nyamm nyammm sedap juga perisa vanilla..Nie kira first time maz makan ice cream perisa vanilla,sll mst coklat..
Gambar wajib dimasukkan dlm blog nie untuk tatapan korang semuakan.. Layan jangan tak layan..Sedapp oooooo nyam nyam nyamm



Monday, July 2, 2012

Dairy's Cone

Ermmm mesti korang macam pelik,and tertanya-tanya apa itu DAIRY'S CONE kan???,Okey untuk pengatahuan semua,dairy's cone nie adalah ice cream hehehe.. Boleh tahan juga rasa dia..Korang nak tahu tak berapa harga ice cream nie.. Saje nak main teka teki dengan korang semua.. Ko percaya tak kalau aku cakap harga dia cuma RM1.00 ajeee.. Murahkan.

Tapi aku tak sure lak if korang ada penah terjumpa ice cream mcm nie yang harga dia lebih murahkan.. Klu ada,maknanya aku nie ketinggalan zaman la kan :P

Ice cream nie aku jumpa kat SRI ISKANDAR, Entah mimpi apa tiba-tiba en suami nak makan ice cream, dah mengalahkan ibu-ibu mengandung ajeee and boleh tahan juga rasa ice cream nie, berbaloi dengan harga dia kan..







Sunday, July 1, 2012

Jubah Dress

Ok girls...Maz nk perkenalkan my page bisnes kt korang semua..MAZNIEY NASIR COLLECTIONS..Perlbagai koleksi BAJU KURUNG,JUBAH DRESS,TUDUNG,dan AKSESORI utk kaum hawa semua.. Diharap korang semua sudi2 laaaa singgah my page bisnes nie tau.. Okeyyy girls.. Syg korang muahhhh :P



Koleksi Jubah Dress RM80.00 Termasuk Penghantaran Semenanjung :)










Photoshoot Jubah Abaya by Al Junnah collection

Kali nie maz dpt job muslimah ON9.. Alhamdullilah mmg teruja sgt.. Koleksi jubah2 semua dari mesir. Yg kelakarnye kami shoot dipanas terit matahari..Port kami yg ala2 padang pasir terletak di SRI ISKANDAR PERAK..Cantik ooooo dah mcm padang pasir ajeee :)

If Krang Semua Nk Tgk Koleksi Jubah Nie.. Sila Layari Facebook Nie :-
https://www.facebook.com/pages/Jubah-Abaya-by-Al-Junnah-collection/178318435607878