Tuesday, November 20, 2012

Muntah Teruk Ketika Hamil

Date Of Admission 23.10.2012
Date Of Discharge 26.10.2012

Dah lama tak update blog, juz nak cerita pasal muntah teruk ketika maz hamil,Time nie usia kandungan sudah masuk 13 minggu,Tapi masih muntah,maz sangkakan muntah akan kurang bila usia kandungan semakin meningkat,tapi time ini la alahan maz semakin teruk, Sehingga maz kena dimasukkan ke dalam hospital selama 4 hari, Ya Allah time tu tuhan sahaja yang tahu.

Duduk dalam hospital selama 4 hari adalah pekara yang paling membosankan,ermmmm moga untuk next baby nanti maz tak teruk macam ini.. Aminnn

Bila dah masuk dalam wad baru maz tahu,rupanya bila kita mengalami alahan yang teruk, kita tak boleh minum susu. Susu tu lah punca muntah kita semakin teruk. Ingatkan susu tu boleh laaa kasi tenaga bila kita dah muntahkan.. Rupa-rupanya maz silap :)