Tuesday, April 30, 2013

Pengalaman Bersalin Tak Cukup Bulan Dan Induce

Hi semua, Sejak maz jd mama nie xada masa nak update blog but update status kat facebook selalu ada masa hehehe nie pun nak update blog jenuh memerah otak untuk mengarang blog yang tak seberapa indah nie :P Now anak tengah tidur sempat la nak update blog nie, Anyway anak maz dah berusia 44 hari dan hari nie hari terakhir maz berpantang.

ermmm tak tahu nak mulakan cerita. ermmm straight to the point jeee la kan..Ok selama seminggu maz dlm wad dari 11.3.2013 till 18.3.2013 disebabkan air ketuban leaking so pagi 19.3.2013 tepat pukul 1.43am maz selamat melahirkan anak perempuan berat 1.7kg sahaja di minggu ke 34 dengan cara Induce.

Dlm pukul 9pm "18.3.2013" maz ditolakkan ke labour room dan doktor membuat CTG untuk memeriksaan jantung baby dan check bukaan laluan maz baru sahaja 2cm.. Selesai membuat CTG doktor memecahkan air ketuban maz, Selama sejam selepas air ketuban dipecahkan maz tak mengalami apa2 contraction pun,

So pukul 12am "19.3.2013" Doktor Induce maz dengan air untuk memudahkan dan mempercepatkan bukaan maz terbuka. Dengar cakap2 orang if doktor Induce kita akan sakit sangat2..Tapi berlainan dengan maz, Bagi maz tak lah sakit sangat. Rasa sakit macam senggugut tu jee :P

Tapi alhamdullilah sepanjang maz nak bersalin tu, suami sentiasa ada disisi maz, Suami banyak bagi kata2 semangat dan tolong urut2 badan bila maz terasa sakit. Tak sampai 2 jam selepas Induce laluan maz dah fully terbuka, Yg kelakarnya maz ingat maz nak terberak, sebab memang terasa macam nak berak, rupa2nya itu adalah tanda baby dah nak keluar, Boleh pulak maz menjerit cakap kat husband dan nurse yg ada kat situ yg maz nak berak hehehehe

Nurse mintak maz push, Tapi maz tak pandai nak push sampaikan kepala baby keluar masuk,keluar masuk, sudahnya nurse tu gunting sikit maz punya bawah tu,, Adoiii tak pasal2 maz kena jahit, Masa nak push2 tu alhamdulilah suami masih ada disisi. Rasanya dalam 10 kali push kot baru baby kuar.

Keluar je baby perhhh lega yang teramat2. Lps baby keluar maz tak dapat tengok dan pegang anak maz, sebab doktor ambil anak dan terus masukkan dalam Incubator dan dimasukkan ke wad lain sebab anak maz lahir tak cukup bulan dan berat baby 1.7kg.

Ermmm nak bagi tahu korang semua, Sebenarnya sakit masa bersalin tak la sakit mana pun, Tapi sakit jahit kat bawah tu lagi sakit oooooo hehehe



Dhia Shafina Alisha "1 Hari"


Dhia Shafina Alisha "2 Hari"




3 comments:

  1. bgusla entry maz...sy dr takot nk tggu bersalin cm da lege sikit pas bc...skrg da 34 weeks... trase ade tande2 tp x kuat sgt...slalu bc org cite mesti scary gle...tp maz nye cm positif sket...thanks yer... :-)

    ReplyDelete
  2. hehehe apa2 taniah yunk.. berdoa pada allah.. tak sakit pun sebenarnya hehehe

    ReplyDelete
  3. Nak dapatkan pakaian bayi/kanak2 berjenama yang berkualiti dan menarik untuk si comel anda dengan harga berpatutan? Jom shopping di Zaira Kids Cloth..

    ReplyDelete

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...