Tuesday, November 16, 2021

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu.. Okey kali nie maz nak review tempat yang menarik untuk bawak anak anak korang bercuti. Dekat mana lagi kalau bukan di dalam malaysia sahaja iaitu SNOWALK I-CITY SHAH ALAM

Sebenarnya hampir 2 tahun kami dah tak berjalan macam nie. Sebab utama adalah kerajaan kita tak benarkan yang belum 2 dose vaksin untuk merentas daerah dan merentas negeri. Maz dari ipoh nak ke shah alam ambil masa dalam 2 jam sahaja. 






Masa mula mula nak masuk snowalk nie kami kena beratur hampir 1 jam juga. Sebab orang ramai sangat. Masa tu kebetulan cuti raya depavali pulak. Maka ramai la orang nak bawak anak anak berjalankan

Tiket kami masa tu beli walk in sahaja. Tiket berharga RM40.00 untuk dewasa dan kanak kanak. Bagi anak anak yang bawah 90cm masuk free sahaja tau. Kami datang memang tak bawak GLOVE tau. Jadi kami beli dekat situ juga RM10.00 sahaja. Tapi lebih elok kalau bawak glove sendiri sebab glove tu bukan WATERPROOF jadi basah anak anak akan sejuk tangan tu.

Stokin pun sama tau. Ada ke patut bagi stokin nipis macam inner tu. Nipis gila weiiii. Kenapa bagi maz penting juga stokin tu. Sbb bila salji turun akan masuk dalam kasut anak anak kita. Sebab kasut anak anak besar juga sebenarnya walaupun dah dapat yang paling kecil

Masa yang diberi hanya 30 minit. Walaupun 30 minit sahaja. Tapi puas main dalam nie. Sebab sejuk kot. Rasa nak keluar jeee awal awal hahaha. Bagi maz sejuk dalam nie tak sejuk macam dekat snow world genting tu. Genting pun tak sesejuk macam nie. 






Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga bawak anak anak ke sini.. Sebab memang dah lama anak anak mintak nak kesini. Beria ajak adalah adik qisha la. Sebab dia jeles tengok gambar kakak dhia masa dekat genting dulu main salji. Masa tu adik qisha kecil lagi. 2 tahun masa tu umurnya. 















No comments:

Post a Comment

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...