Tuesday, November 16, 2021

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu.. Okey kali nie maz nak review tempat yang menarik untuk bawak anak anak korang bercuti. Dekat mana lagi kalau bukan di dalam malaysia sahaja iaitu SNOWALK I-CITY SHAH ALAM

Sebenarnya hampir 2 tahun kami dah tak berjalan macam nie. Sebab utama adalah kerajaan kita tak benarkan yang belum 2 dose vaksin untuk merentas daerah dan merentas negeri. Maz dari ipoh nak ke shah alam ambil masa dalam 2 jam sahaja. 






Masa mula mula nak masuk snowalk nie kami kena beratur hampir 1 jam juga. Sebab orang ramai sangat. Masa tu kebetulan cuti raya depavali pulak. Maka ramai la orang nak bawak anak anak berjalankan

Tiket kami masa tu beli walk in sahaja. Tiket berharga RM40.00 untuk dewasa dan kanak kanak. Bagi anak anak yang bawah 90cm masuk free sahaja tau. Kami datang memang tak bawak GLOVE tau. Jadi kami beli dekat situ juga RM10.00 sahaja. Tapi lebih elok kalau bawak glove sendiri sebab glove tu bukan WATERPROOF jadi basah anak anak akan sejuk tangan tu.

Stokin pun sama tau. Ada ke patut bagi stokin nipis macam inner tu. Nipis gila weiiii. Kenapa bagi maz penting juga stokin tu. Sbb bila salji turun akan masuk dalam kasut anak anak kita. Sebab kasut anak anak besar juga sebenarnya walaupun dah dapat yang paling kecil

Masa yang diberi hanya 30 minit. Walaupun 30 minit sahaja. Tapi puas main dalam nie. Sebab sejuk kot. Rasa nak keluar jeee awal awal hahaha. Bagi maz sejuk dalam nie tak sejuk macam dekat snow world genting tu. Genting pun tak sesejuk macam nie. 






Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga bawak anak anak ke sini.. Sebab memang dah lama anak anak mintak nak kesini. Beria ajak adalah adik qisha la. Sebab dia jeles tengok gambar kakak dhia masa dekat genting dulu main salji. Masa tu adik qisha kecil lagi. 2 tahun masa tu umurnya. 















Sunday, December 16, 2018

KISAH AKU DAN CERVICAL FIBROID POLYPECTOMY

Kes period dan senggugut teruk yang aku alami sekarang dah menghampiri 2 thn lebih. Mula mula terjadi 3-5 bulan sebelum aku mengandungkan anak ke 2. Alhamdulillah kandungan ke 2 aku sihat dan kuat. Bersalin pun cukup bulan.

Selepas habis berpantang period aku kembali seperti biasa. Maksud aku biasa tu, Tak macam orang lain la. Ada yg 3 bulan dan setahun selapas habis pantang baru datang period kan. Aku alhamdulillah habis pantang next month nya aku period.

Tapi macam biasa la, Period aku masih banyak macam orang tumpah darah. Period lama kadang boleh sampai 3 minggu ermmmm. Senggugut aku pulak, jenis yang dah tahan sakit sampai menggigil rasa nak pitam. Kadang kadang rasa macam orang meneran nak bersalin tu. ALLAH je tahu macam mana sakitnya

Pertama kali kena tumpah darah tu, aku ingat biasa je. Sebab duk fikir oooo darah tak habis keluar kot masa dalam pantang. Ya Allah mudah sangat buat tanggapan sendirikan. Bila period mood mula laa nak marah orang. Dengan anak anak buat hal dekat rumah, Dengan nak uruskan rumah lagi.

Bila bagi tahu en suami dia duk mintak pergi jumpa doctor. Iskk aku nie bab bab nak pergi klinik malas sangat. Lagi pun rasa macam tak ada bahaya apa pun kan. Lepas tu duk fikir juga kalau betul ada penyakit, aku takut nak terima kenyataan pulak. Dah la adik qisha masih menyusu badan lagi. Sekarang dah 2 tahun 5 bulan pun still menyusu badan. Adoiii stress aku

Sampai laa dah berlarutan hampir 3 tahun weiii. Baru la aku ada kekuatan nak pergi jumpa doctor. Mula mula aku pergi KLINIK SWASTA DULU. Sebab aku nak tahu cepat. First klinik aku pergi KLINIK PALANI dekat jalan kuala kangsa area ipoh tu. Kawan kawan cakap doctor tu bab bab scan dia POWER. Sampai sana bagi tahu laaa apa yang terjadi dekat aku

Terus je doctor cakap, okey puan jumpa kita scan dulu. Masa tu rasa macam dah tak best je. Risau semua ada, Takut tak boleh terima kenyataan tau. Akhirnya apa yang aku takut memang menjadi kenyataan. Doctor tengak tengak ada Ketumbuhan dalam RAHIM.

Doc buat surat rujukan refer ke hospital pulak. Aku pilih untuk ke hospital ipoh. Sebab dekat sana ada pakar sakit puan kan. Tapi malangnya bila ke hospital ipoh, aku kena buat semula surat rujukan dari klinik kerajaan. Adoiii dah la malas nak tunggu ramai ramai.

Korang tahu tak. Klu kes macam nie, Bila kita dapat surat rujukan dari klinik swasta, bila kita bawak ke hospital kerajaan, nanti diaorg akan cas sama macam harga swasta. Adoiiii aku nie bukan jenis berduit sangat hehehe. Klu dah cas macam swasta baik aku duk KPJ jeee hahaha.

Jadi aku patah balik ke hospital kuala kangsar. Jumpa doctor dekat sana pulak. Lama tau tunggu giliran. 2 jam juga laaa. doctor dah scan apa semua, baru doctor keluarkan semula surat rujukan ke hospital ipoh. Hospital kuala kangsar tak ada pakar sakit puan. Kalau ada senang dekat je dengan rumah mak aku.

2 hari lepas tu, pagi pagi lagi dah pergi hospital ipoh untuk jumpa pakar. Ehh silap tak jumpa lagi, ambil tarikh temu janji dlu. Alhamdulillah nasib baik tak lama. Seminggu lepas tu sampai la masa nak jumpa pakar sakit puan. Weiii dari pagi sampai tengah hari baru settle hal aku. Ramai memang ramai. Yang jadi lambat sebab nak settlekan hal aku nie banyak peringkat.

Kena scan dulu, lepas tu buat pap smear, lepas tu masuk camera lagi dari bawah, lepas tu kena masuk lagi mulut itik nak tengak apa entah laaa hahaha. Tapi tak apa laaa. Kena buat juga la kan. Dah settle semua tu, Doc bagi tahu aku ada CERVICAL FIBROID POLYPECTOMY 4cm. Tapi kes aku nie kena cepat cepat buang POLYPS tu. Yang aku nie duk ulang ulang tanya doctor, tak ada ubat ke untuk kecutkan. Doctor cakap ada. Tapi kes aku nie tak boleh.

Masa tu ALLAH je tahu, Hari yang sama juga doctor pakar tetapkan tarikh untuk aku OPERATE buang ketumbuhan tu. Tapi bukan OPERATE belah perut. Doctor buang ketumbuhan dari bawah tu je. Jumpa doctor 13.12.2018 bulan depannya 8.1.2019 jumpa PAKAR BIUS pulak dan 16.1.2019 baru laaa operasi membuang POLYPS tu.

Hari yang sama juga doctor dah mintak sain semua perjanjian. Perjanjian untuk aku terima darah orang lain pun ada tau. Sbb doctor takut aku kekurangan atau tumpah dari selepas operasi membuang ketumbuhan tu. Sebenarnya hati nie masih dup dap dup dap takut semua ada.

Bukan apa duk fikir risau kalau tiba tiba kena duk lama dalam WAD. Sebab adik qisha malam malam masih nak susu cap gantung lagi. Adoiii stress bila aku duk fikir hal nie.










KESIMPULANNYA DISINI. MAZ NAK PESAN DEKAT SEMUA WANITA, PLEASE JANGAN AMBIL MUDAH BAB BAB NIE TAU. KALAU PERIOD TAK DATANG BERBULAN PUN BAHAYA, PERIOD JENIS MALU MALU NAK KELUAR PUN BAHAYA, PERIOD KADANG DATANG, KADANG TAK DATANG PUN BAHAYA. KALAU BIAR LAMA LAMA DOCTOR CAKAP BOLEH TERJADI KANSER RAHIM

Sunday, May 7, 2017

PISANG




HATI-HATI DENGAN PISANG DURJANA
------------------------------------------------------------

Kawan-kawan, rasanya ramai antara kita yang suka makan Pisang. Betul tak?? Peribahasa Melayu pernah menyatakan "Dalam Setandan Pisang bukan semuanya baik-baik belaka, Pasti ade yang rosak" TETAPI tahukah kita bahawa pisang yang kita beli yang nampak seperti Baik @ Cantik Rupa-rupanya disahkan PENYEBAB KANSER dan juga jangkitan di dalam Perut. 
.
Pisang ini adalah pisang yang telah dipaksa untuk masak setelah direndam atau diperam dalam tempat tertutup yg mengandungi "CARBIDE" atau dalam bahasa melayu Kabait.
.
ELAKKAN makan atau membeli Pisang yang direndam atau diperam menggunakan Kabait ini!!
.
Bagaimanakah Ingin Mengenali Pisang Jenis Kabait ini??
----------------------------------------------------------------------------------------
Pisang yang biasanya masak secara normal biasanya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna Coklat atau Hitam dan batangnya juga berwarna Hitam atau Gelap sedikit (Gambar Bahagian Atas).
.
Pisang yang telah direndam atau diperam dengan menggunakan Kabait ini pula berwarna Kuning Cerah dan batangnya pula berwarna hijau tanpa sebarang Bintik-bintik Hitam.
.
Carbide@Kabait adalah bahan kimia yang bila bercampur dengan air akan menghasilkan haba dan gas yang jika di biar dalam ruang tertutup akan menghasilkan gas yang lebih kuat dari LPG Gas. Pisang yang direndam dalam air Kabait atau diperam dalam tempat tertutup akan menyebabkan Gas tersebut meresap masuk ke bahagian dalam Pisang. Penyerapan yang berlebihan di dalam Pisang akan menyebabkan peratusan yang Tinggi akan masuk ke dalam badan bila kita makan pisang.
.
Kandungan Kabait yang Tinggi di dalam badan akan menyebabkan tumor dan cancer boleh tumbuh di bahagian perut.
.
Oleh itu, sebelum membeli Pisang pastikan memilih Pisang yang masak secara Normal. ;)
.
*mohon share, moga memberi manfaat pada semua.
#ShakleeByMaz #Pengedarshakleekualakangsar







Monday, April 28, 2014

Anak Mama Dah Setahun 1 Bulan









Salam semua, dah lama maz tk update blog nie.. So ari nie maz juz nak upload pic anak maz yg dah berumur sethn sebulan.. 


Tuesday, April 30, 2013

Pengalaman Bersalin Tak Cukup Bulan Dan Induce

Hi semua, Sejak maz jd mama nie xada masa nak update blog but update status kat facebook selalu ada masa hehehe nie pun nak update blog jenuh memerah otak untuk mengarang blog yang tak seberapa indah nie :P Now anak tengah tidur sempat la nak update blog nie, Anyway anak maz dah berusia 44 hari dan hari nie hari terakhir maz berpantang.

ermmm tak tahu nak mulakan cerita. ermmm straight to the point jeee la kan..Ok selama seminggu maz dlm wad dari 11.3.2013 till 18.3.2013 disebabkan air ketuban leaking so pagi 19.3.2013 tepat pukul 1.43am maz selamat melahirkan anak perempuan berat 1.7kg sahaja di minggu ke 34 dengan cara Induce.

Dlm pukul 9pm "18.3.2013" maz ditolakkan ke labour room dan doktor membuat CTG untuk memeriksaan jantung baby dan check bukaan laluan maz baru sahaja 2cm.. Selesai membuat CTG doktor memecahkan air ketuban maz, Selama sejam selepas air ketuban dipecahkan maz tak mengalami apa2 contraction pun,

So pukul 12am "19.3.2013" Doktor Induce maz dengan air untuk memudahkan dan mempercepatkan bukaan maz terbuka. Dengar cakap2 orang if doktor Induce kita akan sakit sangat2..Tapi berlainan dengan maz, Bagi maz tak lah sakit sangat. Rasa sakit macam senggugut tu jee :P

Tapi alhamdullilah sepanjang maz nak bersalin tu, suami sentiasa ada disisi maz, Suami banyak bagi kata2 semangat dan tolong urut2 badan bila maz terasa sakit. Tak sampai 2 jam selepas Induce laluan maz dah fully terbuka, Yg kelakarnya maz ingat maz nak terberak, sebab memang terasa macam nak berak, rupa2nya itu adalah tanda baby dah nak keluar, Boleh pulak maz menjerit cakap kat husband dan nurse yg ada kat situ yg maz nak berak hehehehe

Nurse mintak maz push, Tapi maz tak pandai nak push sampaikan kepala baby keluar masuk,keluar masuk, sudahnya nurse tu gunting sikit maz punya bawah tu,, Adoiii tak pasal2 maz kena jahit, Masa nak push2 tu alhamdulilah suami masih ada disisi. Rasanya dalam 10 kali push kot baru baby kuar.

Keluar je baby perhhh lega yang teramat2. Lps baby keluar maz tak dapat tengok dan pegang anak maz, sebab doktor ambil anak dan terus masukkan dalam Incubator dan dimasukkan ke wad lain sebab anak maz lahir tak cukup bulan dan berat baby 1.7kg.

Ermmm nak bagi tahu korang semua, Sebenarnya sakit masa bersalin tak la sakit mana pun, Tapi sakit jahit kat bawah tu lagi sakit oooooo hehehe



Dhia Shafina Alisha "1 Hari"


Dhia Shafina Alisha "2 Hari"




Air Ketuban Leaking Di Minggu Ke 33

11.3.2013 Maz dimasukkan ke hospital besar ipoh disebabkan berlaku kebocoran air ketuban, Selama seminggu maz berada didalam wad untuk doktor memantau keadaan maz, Selama seminggu berada di sana, Amatlah membosankan, bukan apa, tak ada aktiviti yang best pun nak dibuat disana, Hanya makan minum tidur dan buat pad chart,

Selama berada disana, suami sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya, dan suami pulak boleh main-main cakap "baby tak sabar la tu nak keluar".. Cuma dalam hati aku berharap yang baby tak akan keluar lagi, Sbb kandungan maz baru jee 33 minggu, Klu boleh nk cukup minggu baru bersalin.

18.3.2013 doktor scan air ketuban maz, dan doktor dapati air ketuban semakin kurang, dan doktor memberitahu maz kena bersalin hari ini atau esok secara paksa dengan memasukkan ubat untuk membuka laluan baby keluar.

Apa Itu Air Ketuban?
Air yg melindungi bayi dalam rahim, Tanpa air ketuban bayi boleh mati kelemasan dan air ketuban melindungi bayi dari gegaran dan hentakan daripada luar. Air akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang kehamilan.
Air ketuban boleh pecah samaada secara sendiri ataupun menerusi prosedar tertentu.

Salah satu penyebab ketuban pecah ialah prosedar memecahkan air ketuban yang dilakukan oleh doktor sewaktu ibu mengalami kontraksi. Selain itu air yang berlebihan pula boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah.

Jika ketuban pecah melebihi 24jam, Kuman boleh menjangkiti janin melalui pneumonia. Jangan pandang ringin bila air ketuban pecah terlalu awal. Segeralah berjumpa doktor untuk kepastian dan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Sunday, April 21, 2013

Pendarahan Di Minggu Ke 29 Kehamilan..

Hi semua, Dah lama maz x update blog yg usang nie, so ari nie ada mood nk update blog, dan byk benda nk diceritakan di sini... lupa lak nak bg tahu yg maz skrg dah pun bersalin pada 19.3.2013. Terawal pulak maz bersalin. Patutnya due date 30 April 2013..

Berbalik kepada tajuk utama tentang pendarahan. Pada minggu ke 29, maz mengalami pendarahan yg byk. Maz sangkakan yg baby dah nak keluar. Tapi alhamdullilah syukur baby tak kuar time tu.. Sebelum pendarahan itu berlaku, maz tengah siap-siap nak wat persiapan untuk shoot Pre Preggy Maternity. Tengah busy menggunting kertas, terasa ada air mengalir kt bahagian V. Tapi maz wat tak tau aje, Lepas tu maz bangun nak wat air, maz terpandang ada tompokkan darah kat sofa, Masa tu tuhan je tahu perasaan maz, terkejut sangat-sangat, Dlm ati fikir KEGUGURAN..

Terus call hubby bagi tahu apa yang berlaku, time tu hubby ngah beli sarapan pagi, hubby terus balik dan bawak maz pergi hospital. Sampai hospital doktor check laluan dah terbuka 1cm dan doktor ambil sikit lendir untuk membuat ujian keatas lendir itu, takut ada jangkitan kuman. So maz terus dimasukan di bilik menunggu "Labour Room" 1 ari maz dlm tu, tapi tak ada tanda-tanda lain menunjukkan yang maz akan bersalin. Lupa lak nak bagi tahu doktor ada cucuk kat maz,cucuk untuk mematangkan paru-paru baby.. So esoknya tengah ari maz ditukarkan ke wad bersalin biasa. 3 ari maz kat sana, Alhamdullilah tak bersalin awal :) Syukur sangat-sangat.

Mengikut ujian lendir yang doktor ambil ari tu, memang ada jangkitan kuman. Disebabkan jangkitan kuman itulah berlakunya pendarahan. Doktor ada bagi tahu,kemungkinan maz akan bersalin awal nanti. ermmmm






Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...