Tuesday, August 28, 2012

Asid Filoc Dan Ubat Kuatkan Rahim

Semalam g klinik R.S dekat fair park untuk pengesahan kehamilan saya dan doktor mengesahkan saya memang mengandung. Hati aku gembira sangat-sangat bila doktor cakap yang aku memang mengadung. Yahoooo dan doktor pun ada bagi nasihat tentang makanan dan kerja berat tak bleh buat.

Sebelum balik doktor ada bagi 2 jenis ubat, 1 ubat asid folic dan 1 lagi ubat untuk kuatkan rahim,ermm kena makan tiap-tiap hari pulak tu, dah la harga ubat tu mahal.Adoiiii tak boleh jadi nie, Untuk next check up better aku buat dekat klinik kerajaan aje. Jimatkan :) hehehe




Friday, August 24, 2012

Tanda - Tanda Awal Kehamilan

Assalammualikum, Okey kali ini maz nak kongsi TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN. Mengikut kata Pakar Sakit Puan, Tanda-tanda diawal kehamilan berbeza untuk setiap bakal ibu, ia bergantung kepada individu itu sendiri,


Tanda-Tanda Awal Kehamilan

1. Payudara membengkak atau terasa sakit
- Sakit payudara adalah petanda awal kehamilan, itu yang saya lalui sebelum saya tahu saya hamil, tanda ini
   hampir sama semasa saya datang period. "Saya dapat rasakan"

2. Mual, Loya, Muntah
- Hampir semua wanita akan mengalaminya, "benda ini pun berlaku keatas diri saya."

3. Kembung Perut
- Oleh kerana perubahan horman berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa
   kembung di bahagian perut, sama seperti rasa henda datang period, "Okey tanda ini pun saya ada rasa."

4. Sakit Kepala
- Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala diawl kehamilan, Sakit ini mungkin disebabkan oleh
   peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku. "Saya mengalaminya"

5. Sembelit
- Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadi kehamilan.So korang
   kena makan sayur banyak-banyak okeyyyy " Kadang-kadang saya ada kena juga sembelit ni"

6. Perubahan Mood
- Wanita hamil lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara. "ermmmm rasanya ini pun
   saya laluinya"

7. Ngidam
- Tiba-tiba anda ingin makan buah-buahan yang masam atau benda yang masa.ermmm maybe ini salah
   satu tanda-tanda anda sudah hamil.

8. Rasa Lapar Berpanjangan
- Orang yang tidak hamil pun mudah merasa lapar :) Tetapi lebih kerap terjadi kepada wanita yang hamil.
   Jangan bergantung kepada tanda ini sahaja.

9. Lemah Dan Tidak Bermaya
- Hormon yang keluar diawal kehamilan membuatkan kita berasa letih dengan mudah dan cepat. ia kerap
   terjadi di awal kehamilan pada minggu pertama. Macam saya pulak rasa mengantuk dan letih yang -
   teramat, Letak je kepala kat bantal terus boleh tidur :)

10. Suhu Badan Meningkat
- Jika anda mula rasa suhu badan meningkat setiap pagi, anda mungkin telah hamil.

11. Tidak Datang Period
-  Jika period anda tepat setiap bulan dan anda telah lewat datang period kemungkinan anda telah hamil. Jadi
   cepat-cepat buat ujian UTP :)

Menguji Kehamilan Kali Ke 3

Hari tu aku dah buat ujian kehamilan dan aku dapati yang aku mengandung,tetapi line ke 2 samar-samar, untuk memuaskan hati aku,aku telah menguji air kencing aku untuk kali ke 3.Alhamdullilah ujian air kencing aku untuk kali ke 3, tetap positif, bermakna memang aku sudah mengandung, Kali ini line ke 2 naik terag dan jelas, Wahhhh aku memang teruja sangat-sangat ni.

Mengikut kata kawan-kawan lebih elok jumpo doktor sewaktu kandungan memasuki minggu ke 8, kalau jumpa doktor awal-awal kandungan dalam 4 minggu dan kita scan, kita hanya boleh nampak kantung sahaja. Ermmm tapi hati aku nak sangat jumpa doktor untuk mengesahkan berapa minggu dah kandungan aku, Kalau mengikut kiraan aku sendiri aku dah mengandung 5 minggu ermmm :)




Thursday, August 23, 2012

Aku Takut Dengan Stretch Mark

Walaupun usia kandungan aku masih baru lagi, aku dah mula rasa takut dengan STRETCH MARK, Bila aku search gambar-gambar STRETCH MARK Ya Allah bertambah-tambah perasaan takut aku. Bukan apa,aku takut perut aku akan jadi buruk,dan tak selicin sebelum aku mengandung hehehe kang tak pasal-pasal tak lalu laki aku nak tengak bininya hehehehe ermmm kalau STRETCH MARK sikit, insyallah aku boleh terima kenyataan,tapi kalau dah tebal dan bayak Adoiiiiii..

Jenuh tanya kawan-kawan facebook,Produk apa yang sesuai untuk pencegahan awal STRETCH MARK tapi macam-macam produk diaorg rakeman. Bila dah banyak tak tau mana nak try dulu hehehe Takut pulak bila aku pakai produk lain,tapi sebenarnya produk yang lain lebih sesuai dengan aku. Adoiiii STRESS aku macam ni.

Antara produk uang kawan-kawan facebook rakeman :-
- BIO OIL
- PUREEN
- FRANCH OIL
- MINYAK ZAITUN

Aku harap aku akan jumpa produk yang betul-betul sesuai dengan aku nanti.. Pencegahan awal sangat-sangat penting bagi aku.. Semua perempuan sayangkan body masing-masingkan.


Maybe Aku Nak Pakai Yang Ini.Tapi Yang Nie Aku Pakai Dekat Rumah Aje.
Sebab Kawan-kawan facebook cakap bau dia busuk sikit.



Yang Nie Pun Maybe Aku Nak Pakai Juga,Tapi Aku Nak Letak Dekat Office,
Lagi Puan Yang Ini Bau Di Wangi Sikit.


Yang Nie Tak Pakai Kot,Ermmmm




Yang Nie Pun Maybe Tak Pakai Langsung hehehe

Wednesday, August 22, 2012

My Positive Pregnancy Test,Syukur Alhamdullilah.

Alhamdullilah,Sy pregnant,rasa gembira sangat-sangat dan rasa takut pun ada. Bukan takut apa,takut nanti anak maz nie cukup makan dan pakaian ke nanti bila dah lihat dunia nie. Zaman sekarang nie, duit segala-galanya. Apa-apa pun bersyukur sangat-sangat. Tak sabar pun ada nak jadi ibu.

Ermmm sebenarnya dah lama merancang,cuma rezeki je belum ada lagi.now dah dapat rezeki dari Allah,alhamdullilah sgt-sgt.Padahal period lewat 4 hari aje,tapi nak juga test air kencingkan.So 2 hari lepas test la,Tgk2 ada 2 line, tapi 2 line macam pudar2. Ati rasa gembira dan rasa risau pun ada. Betul ke aku pregnant,sbb line 1 lagi tu samar-samar. So untuk memuaskan hati aku nie,Semalam aku beli la 1 lagi alat menguji kehamilan, dan pagi nie aku test tgk ada 2 line juga. So aku yakin yang aku memang pregnant.

So,Next week hari isnin nak pergi klinik scan, nak tahu berapa usia kandungan aku nie,Tapi kalau mengikut kiraan aku sendiri, usia kandungan aku hampir 5 minggu :) wahhh kira dah sebulan lebih la kan :)

Before tahu yang maz pregnant,Seminggu sebelum raya hari-hari nak makan tom yam masam.Siap pesan kat orang kedai tu,mintak wat masam-masam.. hehehe lps tu pergi rumah mak mertua boleh pulak layan makan buah pelam.Padahal aku memang tak suka pun pelam hehehe rupa-rupanya ada isi :)



Thursday, August 9, 2012

Buffer Ramadan Kinta Riverfront Hotel, Ipoh

Selamat berpuasa semua kekeke baru ari ini nak wish padahal dah berhari-hari puasanya.. Okey Kali nie maz berbuka puasa di Kinta Riverfront Hotel.. Hotel ni baru operasi tak silap awal tahun 2012. So nak try la buffer ramadan dia macam manakan.. Lauk-lauk kat sini bertemakan "Selera Kampung" ermmmm boleh tahan laaa lauk dia, Mengikut kata suami sedap, tapi bagi maz biasa-biasa aje. Biasa laaa selera dan tekak orang berlainankan. Cuma Yang Paling maz suka SUP TULANG DIA.. Perhhhh Memang sedap sangat-sangat.Kena dengan tekak maz ni.. Harga Buffer Ramadan boleh tahan, tak mahal, tak murah..Hampir terlupa spaghetti pun ada kat sana :)

Prices Buffer Ramadan :-
Adult : RM55.00
Child : RM28.00
Tel No : 05 - 245 8888


Suasana Buffer Ramadan


Cantikkan Susun Atur Tempat Nie


Orang Meja Depan Dah Balik,Kami Masih Duk Agi hehehe

Daging Lembu Dan Daging Kambing


Sos untuk daging bakar

Chocolate Fruits


Nie laa rupa chocolate fruits


Meja Desserts (Cakes)


Sedap Cake Nie


Cakes Pandan,Sedap Juga


Desserts (Kuih Muih)


Kerabu Perut.Macam2 Kerabu Ada,Kerabu Taugeh Pun Ada.


This is my fav soup..Perhhh Soup tulang dia sedap :)


Nie pun fav aku.


Ice cream


Pai cake + Chocolate Fruits + Oren Cake


Bubur Lambuk


Bubur Kacang Merah


Ikan Bakar


Kak Ann + Miss Wong + Sy laa Baju Putih Tu hehehe


With My Bos


Sy Dan En Somi :)




10 tanda-tanda awal penyakit buah pinggang

. 10 tanda-tanda awal penyakit buah pinggang  ------------------------------------------------------------- ✅ Perubahan dalam ...