Sunday, December 5, 2010

14 Tip Pemakanan Dan Kawalan Berat Badan

Untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang seimbang anda perlulah merancang gaya pemakanan sihat harian anda. Gaya pemakanan terbaik adalah dengan menambah pengambilan bahan makanan berkanji,berserat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak.Selain itu anda juga perlu menjalani senaman ringan secara teratur dan berterusan setiap hari.Tip gaya pemakanan sihat ini mungkin dapat membantu anda :-
  1. Kurangkan pengambilan daging dan lemak yang berlebihan.
  2. Makan ayam,ikan,bijian dan kekacang dengan lebih kerap.
  3. Ambil buah-buahan segar atau sayur-sayuran mentah sebagai kudap-kudapan atau selepas waktu makan berbanding biskut.
  4. Makan dua jenis sayur dalam setiap hidangan anda.
  5. Pilih makanan berpanggang,dibakar,stim atau dimasak menerusi ketuhar atau ketuhar gelombang mikro berbanding makanan bergoreng.
  6. Pilih susu rendah lemak berbanding susu biasa.
  7. Pilih keju rendah lemak.
  8. Makan roti kaya bujirin.
  9. Kurangkan gula dalam teh atau kopi.
  10. Memilih minuman diet seperti air mineral atau air kosong.
  11. Pilih makanan yg mempunyai kandungan lemak dan gula yg rendah.
  12. Ubah gaya pemakanan anda dgn mengurangkan lemak dan gula dlm menu anda.
  13. Elakkan atau kurangkan pengambilan air mineral utk mengekallan kesihatan anda.
  14. Jgn sesekali mengamalkan diet tanpa mendapatkan khidmat nasihat pakar terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...