Tuesday, December 4, 2012

Alahan Teruk (HYPEREMESIS GRAVIDARUM)

Semasa hamil, muntah,loya dan mual merupakan alahan yang normal.Alahan juga dikenali sebagai MORNING SICKNESS. Tetapi alahan yang terlalu teruk boleh memudaratkan diri dan kandungan. Dianggarkan lebih kurang 50 hingga 90 peratus wanita yang hamil mengalaminya. Morning sickness biasanya berlaku di awal kehamilan iaitu di minggu ke 5. Namun ia akan beransur pulih apabila mencecah kandungan 16 minggu keatas.

Jika alahan yang teruk sehingga muntah tanpa henti masalah ini dikategorikan sebagai HYPEREMESIS GRAVIDARUM. Tanda-tanda hyperemesis gravidarum : -
  1. Wajah kelihatan pucat
  2. Sakit kepala
  3. Pening
  4. Mudah letih
  5. Tidak bermaya 
  6. Serta kekurangan air

Pada Peringkat Peratama :-
Anda biasanya muntah antara 3 hingga 4 kali sehari dan dalam masa yang sama,anda kurang selera makan dan minum sehingga badan menjadi lemah. Dengan itu ia akan menurunkan berat badan.

Pada Peringkat Kedua :-
Kerap muntah antara lebih 10 kali dalam tempoh 24jam.Wanita hamil menjadi lemah. Denyutan nadi juga semakin mengecil dan cepat, suhu meningkat dan mata agak kuning dan cengkung. Berat badan dan tekanan darah menurun, air kencing juga berkurangan dan sukar membuang air besar. (Ini yang berlaku keatas diri saya,Sehingga dimasukkan kedalam wad selama 4 hari)

Pada Peringkat Ketiga :-
Keadaan yang paling teruk, boleh menyebabkan anda tidak sedarkan diri. Nadi mengecil dan cepat, suhu meningkat, tekanan darah menurun.

Jika ibu hamil mengesyaki terkena HYPEREMESIS GRAVIDARUM di awal kehamilan, segeralah berjumpa doktor agar rawatan lanjut dapat megelamatkan diri dan kandungan.

Bagi yang pernah mengalami HYPEREMESIS GRAVIDARUM kemungkinan akan mengalami untuk kehamilan yang akan datang juga. Walaupun sebab sebenar HYPEREMESIS GRAVIDARUM kurang difahami, namum keadaan ini mungkin disebabkan peningkatan dan perubahan horman kehamilan yang mendadak. Malah terdapat juga kes hyperemesis gravidarum berkaitan kehamilan kembar.

10 tanda-tanda awal penyakit buah pinggang

. 10 tanda-tanda awal penyakit buah pinggang  ------------------------------------------------------------- ✅ Perubahan dalam ...