Sunday, September 23, 2012

Filem Bait Memang Best

Ari cuti boleh laa rehatkan minda aku yg alahan teruk time mengandung nie. So ari nie aku,Adik ipar And En Somi g tgk wayang.. Sampai je AEON Pengkalan terus terjah wayang hehehe.. Smpai je pintu masuk wayang nmpk poster BAIT.. Perhhh Apa agi terus laaa beli tiket..

Spe yg tak tgk cite nie mmg rugi ler.. Nasib baik kandungan aku baru 2 bulan.. Klu 5 bulan ke atas mau terkeluar anak aku kot hehehe.. Cite dia byk kasi aku terkejut2 lak hehehe tapi best :P penuh juga mlm tu.. set semua penuh, cuma kerusi baris depan sekali tu jee tk ada orang langsung.. Letih tengkuk kot langut jeee tgk klu duk depan sekali :P

Yang pasti awal-awal cite dah ada aksi cemas, Kisahnya bermula, Bila Tsunamai berlaku dan ikan jerung terlepas dan teperangkap didalam sebuah pasar raya bersama mangsa-mangsa yang ada didalam pasar raya itu. Didalam pasar raya itulah bermulanya keganasan ikan jerung. Opsttt mn blh cite lebih-lebih.. Apa kata korang semua g tgk.. Mmg tk rugi okey :)


Google Images

Wednesday, September 5, 2012

Begitu Perit Diawal Kehamilan.

10.25am
Ya Allah Ya Tuhan Ku,Aku Mohon Padamu kuatkan semangat aku, Aku Semakin tidak berdaya, Tetapi demi anak yang aku kandungkan sekarang,aku perlu kuatkan diri aku, Hari ini hari khamis, 6.9.2012 aku masih muntah-muntah, Sudah pelbagai cara aku cuba untuk mengurangkan muntah aku,Tapi aku tetap sentiasa muntah. Hanya air mata peneman aku ketika ini, Aku tahu mmg ada ibu mengandung yang lebih teruk alah dari aku,Tetapi aku terima ini semua sebagai 1 ujian untuk aku, Moga anak yang aku kandung ini menjadi seorang yang soleh dan solehah.

Hari ini pagi-pagi lagi aku dah cuba makan 2 biji karipap dan air oren Minute Maid Pulpy, Tapi aku masih muntah, Apa makanan yang perlu aku makan. Aku dah tak tau nk makan apa. Apa yang aku makan semua akan keluar semula. Aku takut anak aku tak cukup zat. Apa yang perlu aku buat lagi ni, Bila tanya orang sekeliling, Semua mintak aku makan,Tapi apa yang aku makan semua akan keluar semula. Ya Allah begitu berat ujian yang KAU berikan kepada hambamu yang lemah ini :(


1.00pm
Alhamdullilah lunch tadi aku berjaya makan hehehe ngada-ngada perut aku ni, Nak mkn benda sedap je, Blurpp kenyang bila dpt mkn MCD 2 ketul ayam, Harap lps makan ni aku tak muntah la. ermmm sll nya mmg akan keluar semula.Kalau keluar tak tau la macam mana nanti :(




5.00pm
Wahhhh dah pukul 5 ptg alhamdullilah ayam MCD tadi masih ada dalam perut aku, Lega rasanya. Cuma kepala je rasa pening sikit, Harap2 aku tak akan muntah smpai laaa esok pagi dan hari-hari seterusnya, Amin :)


8.00pm
Sedihhh aku muntah juga akhirnya. Kesian kat laki aku terpaksa layan kerenah aku nie.. Apa2 pun tq syg coz sudi sapu2 kan BAM kat belakang badan bini mu ini.. Jasa mu tetap ku kenang. Luv u syg muahhh.

Deaktif Facebook Untuk Sementara Waktu

Entah kenapa,Sejak mengandung nie banyak benda yang aku suka,aku jadi tak suka, Termasuk la FACEBOOK, Buka facebook rasa menyampah jeee, Maka untuk hari ini,Maz berjaya DEAKTIF FACEBOOK tanpa rasa sedih atau kecewa hehehe :P

Ermmm tengak laaa lama mana maz boleh hidup tanpa facebook disisi :P Adehhhh Tapi satu je tak boleh nak buat bila tak ada facebook, Nak bergosip tak dapat laaa :p




Morning Sicknes Yang Teruk :(

Hari ini 5.9.2012 aku mengalami morning sicknes lg, Ya allah amat berat dugaan yang engkau berikan kepada aku. Kebetulan bos pun tak ada dekat office, Terus terang maz cakap muntah tanpa henti adalah benda yang paling perit yang perlu maz lalui ketika mengandung, Tiap kali muntah jeee pasti maz akan menangis, puncanya sebab sakit dada dan tekak bila kita kerap muntah, Dalam 1 hari bukan 3 atau 4 kali muntah, tetapi lebih dari 10 kali, Peritkan ermmm :(

Alhamdullilah hari nie tidak la seteruk mula-mula maz muntah tanpa henti, masa tu pergi klinik kerajaan dan doktor mintak maz pergi ke hospital besar ipoh untuk rawatan seterusnya.. Doktor dari klinik buatkan surat untuk rujukan,Sedih dan takut pun ada.


Alhamdullilah selepas mendapat rawatan dihospital besar,doktor memberi maz ubat untuk menambah tenaga,ini kerana maz kerap muntah dan ia menyebabkan badan maz banyak kehilangan tenaga dan zat dalam badan.

Untuk mengelakkan maz selalu muntah,maz cuba makan buah-buahan, Alhamdullilah lepas makan buah, terasa segar dan loya (muntah) pun berkurangan. Buah sahaja yang boleh maz makan untuk sementara waktu, Kalau makan nasi atau benda lain mesti keluar semula. :(