Wednesday, July 18, 2012

Cameron Highland 15.7.2012


Hi Semua. Hari ini baru maz dapat nk update blog maz yg usang ini. Cameron Highland merupakan tempat pelancongan tanah tinggi yang popular di Malaysia untuk orang luar dan dalam negeri..Baru-baru nie maz n family belah suami jejalan di cameron highland, En suami yang nak sangat pergi sana,biasa la nak test drive kereta baru dia. Lagi  pun dah lama maz tak pergi cameran highland dan dah lama tak keluar dari ipoh nie hehehe..


Now cameron highland tidak sejuk macam dulu. Kalau dulu memang sejuk sangat-sangat sampaikan bila bercakap keluar asap dari mulut kita. ermmm maybe lapisan ozon dah terlalu nipis dan bumi kita dah makin tuakan.


Sepanjang berjalanan kesana semuanya okey sahaja. Maklum laa kereta 1.6 lak tu kan hehehe.. naik bukit ok ajeee laaaa. Tempat pertama yang kami pergi adalah ladang teh (Cameron Bharat) tapi kami tk minum pun teh kat sana. Maklum laa bru je lps sarapan dalam 2 jam lebih macam tukan. So kami hanya bersiar-siar didalam ladang teh tu dan tidak lupa juga untuk bergambar bersama family.Itu perkara wajibkan.



CAMERON BHARAT






Dah puas bersiar-siar dalam ladang teh tu, Kami semua bergerak ke tempat lain pula. Now kami nak pergi ke Big Red Strawberry Farm dan Cactus Valley Pulak. Adoiii mmg kelakar gila laaa sepanjang perjalanan nak kesana.. Dengan Hujan Lebat dan jalan jem pulak tu lepas tu jalan dah lain, sampai 3 kali kami pusing nak cari Big Red Stawberry Farm tu.. hehehe Pusing punya pusing jumpa la tempat yang hendak dituju. Tempat parking kat sana punya la tinggi bukitnya. Tak lepas lak kete gen2 1.6 nak naik hehehe rupa-rupanya CLUTCH dah lama tak tukar. Adoiii Apa Lagi Menolak Laaa.. hehehe Tapi bukan kereta laki aku jeee tak lepas naik oooo kereta HONDA Yang mahal pun tak lepas.Nasib baik pak mertua cekap disaat2 kejadian tu terjadi. Cayaaa laaa pak mertua ku hehehe..

Ermmm bila dah parking kereta pak mertua aku masih susah ati.Pada mulanya dia rasa break yang masalah. Dia risau balik nanti takut break tak boleh pakai.Dalam setengah jam kami Kat Big Red Strawberry Farm tu pak mertua dan en suami pergi bengkel area situ, sampai sana bila mekanik cek memang CLUCTH dah lama tak tukar. Rupa-rupanya bukan kereta laki aku ajee ada masalah yang sama.. hehehehe ada 4 biji lagi kereta mengalami masalah yang sama.. Mekanik tu cakap masih boleh pakai lagi tak ada apa2..Cuma dekat bukit dia ada masalah jee.. Jalan biasa okey ajeee.. So kami berpakat2 laaa dengan 4 biji kereta tu sekali nanti nak balik, balik ramai-ramai. hehehe dah settel Pak mertua dan en suami datang semula di Big Red Strawberry Farm untuk join bersama kami.

Sebelum sampai sana memang dah mengidam nak makan Yogurt Strawberry hehehe So hari inilah masanya untuk aku makan hehehe nyam nyam nyam. Lps makan baru leh bergambo didalam Big Red Strawberry Farm.


BIG RED STRAWBERRY FARM







Ehh terlupa pulak nak bagi tahu kat korang semua, dekat Big Red Strawberry Farm Itu ada Cactus Valley juga,dalam cactus valley tu bukan sahaja cactus tau, Bermacam-macam jenis bunga ada dalam tu. Buah tomato pun ada, dan sayuran pun ada juga. Senang cakap macam-macam ada. hehehe


CACTUS VALLEY


















1 comment:

  1. cameron highlands awesome,,,nory baru blik honeymoon sane, nory bwk kete saga blm 1.3 je, tp alhamdulillah xde pape mslah..lgpon mase kt sane, hotel sediakan van utk bawa kami pi jalan2 tmpat menarik sekitar cameron highlands....hehehe...rase nk gi cameron lg...x puas makan strawbery...kat sne strawbery & buah2 lain smua manis2,smpai kat umah masam...hehehe

    ReplyDelete

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...