Sunday, December 16, 2018

KISAH AKU DAN CERVICAL FIBROID POLYPECTOMY

Kes period dan senggugut teruk yang aku alami sekarang dah menghampiri 2 thn lebih. Mula mula terjadi 3-5 bulan sebelum aku mengandungkan anak ke 2. Alhamdulillah kandungan ke 2 aku sihat dan kuat. Bersalin pun cukup bulan.

Selepas habis berpantang period aku kembali seperti biasa. Maksud aku biasa tu, Tak macam orang lain la. Ada yg 3 bulan dan setahun selapas habis pantang baru datang period kan. Aku alhamdulillah habis pantang next month nya aku period.

Tapi macam biasa la, Period aku masih banyak macam orang tumpah darah. Period lama kadang boleh sampai 3 minggu ermmmm. Senggugut aku pulak, jenis yang dah tahan sakit sampai menggigil rasa nak pitam. Kadang kadang rasa macam orang meneran nak bersalin tu. ALLAH je tahu macam mana sakitnya

Pertama kali kena tumpah darah tu, aku ingat biasa je. Sebab duk fikir oooo darah tak habis keluar kot masa dalam pantang. Ya Allah mudah sangat buat tanggapan sendirikan. Bila period mood mula laa nak marah orang. Dengan anak anak buat hal dekat rumah, Dengan nak uruskan rumah lagi.

Bila bagi tahu en suami dia duk mintak pergi jumpa doctor. Iskk aku nie bab bab nak pergi klinik malas sangat. Lagi pun rasa macam tak ada bahaya apa pun kan. Lepas tu duk fikir juga kalau betul ada penyakit, aku takut nak terima kenyataan pulak. Dah la adik qisha masih menyusu badan lagi. Sekarang dah 2 tahun 5 bulan pun still menyusu badan. Adoiii stress aku

Sampai laa dah berlarutan hampir 3 tahun weiii. Baru la aku ada kekuatan nak pergi jumpa doctor. Mula mula aku pergi KLINIK SWASTA DULU. Sebab aku nak tahu cepat. First klinik aku pergi KLINIK PALANI dekat jalan kuala kangsa area ipoh tu. Kawan kawan cakap doctor tu bab bab scan dia POWER. Sampai sana bagi tahu laaa apa yang terjadi dekat aku

Terus je doctor cakap, okey puan jumpa kita scan dulu. Masa tu rasa macam dah tak best je. Risau semua ada, Takut tak boleh terima kenyataan tau. Akhirnya apa yang aku takut memang menjadi kenyataan. Doctor tengak tengak ada Ketumbuhan dalam RAHIM.

Doc buat surat rujukan refer ke hospital pulak. Aku pilih untuk ke hospital ipoh. Sebab dekat sana ada pakar sakit puan kan. Tapi malangnya bila ke hospital ipoh, aku kena buat semula surat rujukan dari klinik kerajaan. Adoiii dah la malas nak tunggu ramai ramai.

Korang tahu tak. Klu kes macam nie, Bila kita dapat surat rujukan dari klinik swasta, bila kita bawak ke hospital kerajaan, nanti diaorg akan cas sama macam harga swasta. Adoiiii aku nie bukan jenis berduit sangat hehehe. Klu dah cas macam swasta baik aku duk KPJ jeee hahaha.

Jadi aku patah balik ke hospital kuala kangsar. Jumpa doctor dekat sana pulak. Lama tau tunggu giliran. 2 jam juga laaa. doctor dah scan apa semua, baru doctor keluarkan semula surat rujukan ke hospital ipoh. Hospital kuala kangsar tak ada pakar sakit puan. Kalau ada senang dekat je dengan rumah mak aku.

2 hari lepas tu, pagi pagi lagi dah pergi hospital ipoh untuk jumpa pakar. Ehh silap tak jumpa lagi, ambil tarikh temu janji dlu. Alhamdulillah nasib baik tak lama. Seminggu lepas tu sampai la masa nak jumpa pakar sakit puan. Weiii dari pagi sampai tengah hari baru settle hal aku. Ramai memang ramai. Yang jadi lambat sebab nak settlekan hal aku nie banyak peringkat.

Kena scan dulu, lepas tu buat pap smear, lepas tu masuk camera lagi dari bawah, lepas tu kena masuk lagi mulut itik nak tengak apa entah laaa hahaha. Tapi tak apa laaa. Kena buat juga la kan. Dah settle semua tu, Doc bagi tahu aku ada CERVICAL FIBROID POLYPECTOMY 4cm. Tapi kes aku nie kena cepat cepat buang POLYPS tu. Yang aku nie duk ulang ulang tanya doctor, tak ada ubat ke untuk kecutkan. Doctor cakap ada. Tapi kes aku nie tak boleh.

Masa tu ALLAH je tahu, Hari yang sama juga doctor pakar tetapkan tarikh untuk aku OPERATE buang ketumbuhan tu. Tapi bukan OPERATE belah perut. Doctor buang ketumbuhan dari bawah tu je. Jumpa doctor 13.12.2018 bulan depannya 8.1.2019 jumpa PAKAR BIUS pulak dan 16.1.2019 baru laaa operasi membuang POLYPS tu.

Hari yang sama juga doctor dah mintak sain semua perjanjian. Perjanjian untuk aku terima darah orang lain pun ada tau. Sbb doctor takut aku kekurangan atau tumpah dari selepas operasi membuang ketumbuhan tu. Sebenarnya hati nie masih dup dap dup dap takut semua ada.

Bukan apa duk fikir risau kalau tiba tiba kena duk lama dalam WAD. Sebab adik qisha malam malam masih nak susu cap gantung lagi. Adoiii stress bila aku duk fikir hal nie.










KESIMPULANNYA DISINI. MAZ NAK PESAN DEKAT SEMUA WANITA, PLEASE JANGAN AMBIL MUDAH BAB BAB NIE TAU. KALAU PERIOD TAK DATANG BERBULAN PUN BAHAYA, PERIOD JENIS MALU MALU NAK KELUAR PUN BAHAYA, PERIOD KADANG DATANG, KADANG TAK DATANG PUN BAHAYA. KALAU BIAR LAMA LAMA DOCTOR CAKAP BOLEH TERJADI KANSER RAHIM

No comments:

Post a Comment

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...