GARAM
Pengambilan garam secara berlebihan bukan sahaja berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi. Tetapi akan membuatkan badan kita mengikat banyak air. Ia boleh membuatkan kita lesu, penampilan tidak menarik dan berat badan bertambah kerana penyerapan air dalam yang banyak.
KARBOHIDRAT
Otot memerlukan karbohidrat untuk bergerak. Ini kerana di dalam badan, karbohidrat diubah menjadi glikogen. Dikatakan per gran glikogen mengandungi 3 gram air. Jadi, untuk hidup yang lebig sihat, hadkan diri dalam mengambil makanan yang terdiri dalam kategori karbohidrat supaya badan kita tidak mengalami kenaikan berat badan. Lebih baik jika kita bersenam untuk membakar lemak dan membuang air (glikogen) hasil dari karbohidrat.
BERGORENG
Makanan yang bergoreng adalah sumber makanan yang kaya dengan lemak. Makanan berlemak ini akan dihadam lebih lambat sehingga ia mengumpul di bahagian dalam perut.Lemak yang baik bagi badan kita adalah MUFA(Monounsaturated Fatty Acids) yang berfungsi untuk menghancurkan lemak-lemak di perut. MUFA banyak terdapat dalam minyak zaiton, kacang-kacangan, avokado dan dark chocolate.
MINUMAN BERKARBONAT
Ciri utama minuman berkarbonat adalah gas-gas yang terdapat di dalamnya. Tahukah anda, di manakah gas-gas itu hilang ketika kita minum?. ermmm sudah pasti di bahagian perut kita. Ini belum lagi jumlah gula yang ada di dalamnya akan membuatkan kita berisiko mengalami diabetes.
No comments:
Post a Comment