Friday, August 24, 2012

Tanda - Tanda Awal Kehamilan

Assalammualikum, Okey kali ini maz nak kongsi TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN. Mengikut kata Pakar Sakit Puan, Tanda-tanda diawal kehamilan berbeza untuk setiap bakal ibu, ia bergantung kepada individu itu sendiri,


Tanda-Tanda Awal Kehamilan

1. Payudara membengkak atau terasa sakit
- Sakit payudara adalah petanda awal kehamilan, itu yang saya lalui sebelum saya tahu saya hamil, tanda ini
   hampir sama semasa saya datang period. "Saya dapat rasakan"

2. Mual, Loya, Muntah
- Hampir semua wanita akan mengalaminya, "benda ini pun berlaku keatas diri saya."

3. Kembung Perut
- Oleh kerana perubahan horman berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa
   kembung di bahagian perut, sama seperti rasa henda datang period, "Okey tanda ini pun saya ada rasa."

4. Sakit Kepala
- Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala diawl kehamilan, Sakit ini mungkin disebabkan oleh
   peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku. "Saya mengalaminya"

5. Sembelit
- Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadi kehamilan.So korang
   kena makan sayur banyak-banyak okeyyyy " Kadang-kadang saya ada kena juga sembelit ni"

6. Perubahan Mood
- Wanita hamil lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara. "ermmmm rasanya ini pun
   saya laluinya"

7. Ngidam
- Tiba-tiba anda ingin makan buah-buahan yang masam atau benda yang masa.ermmm maybe ini salah
   satu tanda-tanda anda sudah hamil.

8. Rasa Lapar Berpanjangan
- Orang yang tidak hamil pun mudah merasa lapar :) Tetapi lebih kerap terjadi kepada wanita yang hamil.
   Jangan bergantung kepada tanda ini sahaja.

9. Lemah Dan Tidak Bermaya
- Hormon yang keluar diawal kehamilan membuatkan kita berasa letih dengan mudah dan cepat. ia kerap
   terjadi di awal kehamilan pada minggu pertama. Macam saya pulak rasa mengantuk dan letih yang -
   teramat, Letak je kepala kat bantal terus boleh tidur :)

10. Suhu Badan Meningkat
- Jika anda mula rasa suhu badan meningkat setiap pagi, anda mungkin telah hamil.

11. Tidak Datang Period
-  Jika period anda tepat setiap bulan dan anda telah lewat datang period kemungkinan anda telah hamil. Jadi
   cepat-cepat buat ujian UTP :)

2 comments:

  1. Tahniah dear dah pregnant...
    Nanti share2 ler tips dgn i yer..
    hehhehe

    ReplyDelete
  2. trm ksh dear.tk ada petua apa2.. jgn diet je

    ReplyDelete

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...