Wednesday, September 5, 2012

Morning Sicknes Yang Teruk :(

Hari ini 5.9.2012 aku mengalami morning sicknes lg, Ya allah amat berat dugaan yang engkau berikan kepada aku. Kebetulan bos pun tak ada dekat office, Terus terang maz cakap muntah tanpa henti adalah benda yang paling perit yang perlu maz lalui ketika mengandung, Tiap kali muntah jeee pasti maz akan menangis, puncanya sebab sakit dada dan tekak bila kita kerap muntah, Dalam 1 hari bukan 3 atau 4 kali muntah, tetapi lebih dari 10 kali, Peritkan ermmm :(

Alhamdullilah hari nie tidak la seteruk mula-mula maz muntah tanpa henti, masa tu pergi klinik kerajaan dan doktor mintak maz pergi ke hospital besar ipoh untuk rawatan seterusnya.. Doktor dari klinik buatkan surat untuk rujukan,Sedih dan takut pun ada.


Alhamdullilah selepas mendapat rawatan dihospital besar,doktor memberi maz ubat untuk menambah tenaga,ini kerana maz kerap muntah dan ia menyebabkan badan maz banyak kehilangan tenaga dan zat dalam badan.

Untuk mengelakkan maz selalu muntah,maz cuba makan buah-buahan, Alhamdullilah lepas makan buah, terasa segar dan loya (muntah) pun berkurangan. Buah sahaja yang boleh maz makan untuk sementara waktu, Kalau makan nasi atau benda lain mesti keluar semula. :(

No comments:

Post a Comment

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...