Tuesday, April 30, 2013

Pengalaman Bersalin Tak Cukup Bulan Dan Induce

Hi semua, Sejak maz jd mama nie xada masa nak update blog but update status kat facebook selalu ada masa hehehe nie pun nak update blog jenuh memerah otak untuk mengarang blog yang tak seberapa indah nie :P Now anak tengah tidur sempat la nak update blog nie, Anyway anak maz dah berusia 44 hari dan hari nie hari terakhir maz berpantang.

ermmm tak tahu nak mulakan cerita. ermmm straight to the point jeee la kan..Ok selama seminggu maz dlm wad dari 11.3.2013 till 18.3.2013 disebabkan air ketuban leaking so pagi 19.3.2013 tepat pukul 1.43am maz selamat melahirkan anak perempuan berat 1.7kg sahaja di minggu ke 34 dengan cara Induce.

Dlm pukul 9pm "18.3.2013" maz ditolakkan ke labour room dan doktor membuat CTG untuk memeriksaan jantung baby dan check bukaan laluan maz baru sahaja 2cm.. Selesai membuat CTG doktor memecahkan air ketuban maz, Selama sejam selepas air ketuban dipecahkan maz tak mengalami apa2 contraction pun,

So pukul 12am "19.3.2013" Doktor Induce maz dengan air untuk memudahkan dan mempercepatkan bukaan maz terbuka. Dengar cakap2 orang if doktor Induce kita akan sakit sangat2..Tapi berlainan dengan maz, Bagi maz tak lah sakit sangat. Rasa sakit macam senggugut tu jee :P

Tapi alhamdullilah sepanjang maz nak bersalin tu, suami sentiasa ada disisi maz, Suami banyak bagi kata2 semangat dan tolong urut2 badan bila maz terasa sakit. Tak sampai 2 jam selepas Induce laluan maz dah fully terbuka, Yg kelakarnya maz ingat maz nak terberak, sebab memang terasa macam nak berak, rupa2nya itu adalah tanda baby dah nak keluar, Boleh pulak maz menjerit cakap kat husband dan nurse yg ada kat situ yg maz nak berak hehehehe

Nurse mintak maz push, Tapi maz tak pandai nak push sampaikan kepala baby keluar masuk,keluar masuk, sudahnya nurse tu gunting sikit maz punya bawah tu,, Adoiii tak pasal2 maz kena jahit, Masa nak push2 tu alhamdulilah suami masih ada disisi. Rasanya dalam 10 kali push kot baru baby kuar.

Keluar je baby perhhh lega yang teramat2. Lps baby keluar maz tak dapat tengok dan pegang anak maz, sebab doktor ambil anak dan terus masukkan dalam Incubator dan dimasukkan ke wad lain sebab anak maz lahir tak cukup bulan dan berat baby 1.7kg.

Ermmm nak bagi tahu korang semua, Sebenarnya sakit masa bersalin tak la sakit mana pun, Tapi sakit jahit kat bawah tu lagi sakit oooooo hehehe



Dhia Shafina Alisha "1 Hari"


Dhia Shafina Alisha "2 Hari"




Air Ketuban Leaking Di Minggu Ke 33

11.3.2013 Maz dimasukkan ke hospital besar ipoh disebabkan berlaku kebocoran air ketuban, Selama seminggu maz berada didalam wad untuk doktor memantau keadaan maz, Selama seminggu berada di sana, Amatlah membosankan, bukan apa, tak ada aktiviti yang best pun nak dibuat disana, Hanya makan minum tidur dan buat pad chart,

Selama berada disana, suami sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya, dan suami pulak boleh main-main cakap "baby tak sabar la tu nak keluar".. Cuma dalam hati aku berharap yang baby tak akan keluar lagi, Sbb kandungan maz baru jee 33 minggu, Klu boleh nk cukup minggu baru bersalin.

18.3.2013 doktor scan air ketuban maz, dan doktor dapati air ketuban semakin kurang, dan doktor memberitahu maz kena bersalin hari ini atau esok secara paksa dengan memasukkan ubat untuk membuka laluan baby keluar.

Apa Itu Air Ketuban?
Air yg melindungi bayi dalam rahim, Tanpa air ketuban bayi boleh mati kelemasan dan air ketuban melindungi bayi dari gegaran dan hentakan daripada luar. Air akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang kehamilan.
Air ketuban boleh pecah samaada secara sendiri ataupun menerusi prosedar tertentu.

Salah satu penyebab ketuban pecah ialah prosedar memecahkan air ketuban yang dilakukan oleh doktor sewaktu ibu mengalami kontraksi. Selain itu air yang berlebihan pula boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah.

Jika ketuban pecah melebihi 24jam, Kuman boleh menjangkiti janin melalui pneumonia. Jangan pandang ringin bila air ketuban pecah terlalu awal. Segeralah berjumpa doktor untuk kepastian dan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Sunday, April 21, 2013

Pendarahan Di Minggu Ke 29 Kehamilan..

Hi semua, Dah lama maz x update blog yg usang nie, so ari nie ada mood nk update blog, dan byk benda nk diceritakan di sini... lupa lak nak bg tahu yg maz skrg dah pun bersalin pada 19.3.2013. Terawal pulak maz bersalin. Patutnya due date 30 April 2013..

Berbalik kepada tajuk utama tentang pendarahan. Pada minggu ke 29, maz mengalami pendarahan yg byk. Maz sangkakan yg baby dah nak keluar. Tapi alhamdullilah syukur baby tak kuar time tu.. Sebelum pendarahan itu berlaku, maz tengah siap-siap nak wat persiapan untuk shoot Pre Preggy Maternity. Tengah busy menggunting kertas, terasa ada air mengalir kt bahagian V. Tapi maz wat tak tau aje, Lepas tu maz bangun nak wat air, maz terpandang ada tompokkan darah kat sofa, Masa tu tuhan je tahu perasaan maz, terkejut sangat-sangat, Dlm ati fikir KEGUGURAN..

Terus call hubby bagi tahu apa yang berlaku, time tu hubby ngah beli sarapan pagi, hubby terus balik dan bawak maz pergi hospital. Sampai hospital doktor check laluan dah terbuka 1cm dan doktor ambil sikit lendir untuk membuat ujian keatas lendir itu, takut ada jangkitan kuman. So maz terus dimasukan di bilik menunggu "Labour Room" 1 ari maz dlm tu, tapi tak ada tanda-tanda lain menunjukkan yang maz akan bersalin. Lupa lak nak bagi tahu doktor ada cucuk kat maz,cucuk untuk mematangkan paru-paru baby.. So esoknya tengah ari maz ditukarkan ke wad bersalin biasa. 3 ari maz kat sana, Alhamdullilah tak bersalin awal :) Syukur sangat-sangat.

Mengikut ujian lendir yang doktor ambil ari tu, memang ada jangkitan kuman. Disebabkan jangkitan kuman itulah berlakunya pendarahan. Doktor ada bagi tahu,kemungkinan maz akan bersalin awal nanti. ermmmm






Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...