Tuesday, December 4, 2012

Alahan Teruk (HYPEREMESIS GRAVIDARUM)

Semasa hamil, muntah,loya dan mual merupakan alahan yang normal.Alahan juga dikenali sebagai MORNING SICKNESS. Tetapi alahan yang terlalu teruk boleh memudaratkan diri dan kandungan. Dianggarkan lebih kurang 50 hingga 90 peratus wanita yang hamil mengalaminya. Morning sickness biasanya berlaku di awal kehamilan iaitu di minggu ke 5. Namun ia akan beransur pulih apabila mencecah kandungan 16 minggu keatas.

Jika alahan yang teruk sehingga muntah tanpa henti masalah ini dikategorikan sebagai HYPEREMESIS GRAVIDARUM. Tanda-tanda hyperemesis gravidarum : -
  1. Wajah kelihatan pucat
  2. Sakit kepala
  3. Pening
  4. Mudah letih
  5. Tidak bermaya 
  6. Serta kekurangan air

Pada Peringkat Peratama :-
Anda biasanya muntah antara 3 hingga 4 kali sehari dan dalam masa yang sama,anda kurang selera makan dan minum sehingga badan menjadi lemah. Dengan itu ia akan menurunkan berat badan.

Pada Peringkat Kedua :-
Kerap muntah antara lebih 10 kali dalam tempoh 24jam.Wanita hamil menjadi lemah. Denyutan nadi juga semakin mengecil dan cepat, suhu meningkat dan mata agak kuning dan cengkung. Berat badan dan tekanan darah menurun, air kencing juga berkurangan dan sukar membuang air besar. (Ini yang berlaku keatas diri saya,Sehingga dimasukkan kedalam wad selama 4 hari)

Pada Peringkat Ketiga :-
Keadaan yang paling teruk, boleh menyebabkan anda tidak sedarkan diri. Nadi mengecil dan cepat, suhu meningkat, tekanan darah menurun.

Jika ibu hamil mengesyaki terkena HYPEREMESIS GRAVIDARUM di awal kehamilan, segeralah berjumpa doktor agar rawatan lanjut dapat megelamatkan diri dan kandungan.

Bagi yang pernah mengalami HYPEREMESIS GRAVIDARUM kemungkinan akan mengalami untuk kehamilan yang akan datang juga. Walaupun sebab sebenar HYPEREMESIS GRAVIDARUM kurang difahami, namum keadaan ini mungkin disebabkan peningkatan dan perubahan horman kehamilan yang mendadak. Malah terdapat juga kes hyperemesis gravidarum berkaitan kehamilan kembar.

Tuesday, November 20, 2012

Muntah Teruk Ketika Hamil

Date Of Admission 23.10.2012
Date Of Discharge 26.10.2012

Dah lama tak update blog, juz nak cerita pasal muntah teruk ketika maz hamil,Time nie usia kandungan sudah masuk 13 minggu,Tapi masih muntah,maz sangkakan muntah akan kurang bila usia kandungan semakin meningkat,tapi time ini la alahan maz semakin teruk, Sehingga maz kena dimasukkan ke dalam hospital selama 4 hari, Ya Allah time tu tuhan sahaja yang tahu.

Duduk dalam hospital selama 4 hari adalah pekara yang paling membosankan,ermmmm moga untuk next baby nanti maz tak teruk macam ini.. Aminnn

Bila dah masuk dalam wad baru maz tahu,rupanya bila kita mengalami alahan yang teruk, kita tak boleh minum susu. Susu tu lah punca muntah kita semakin teruk. Ingatkan susu tu boleh laaa kasi tenaga bila kita dah muntahkan.. Rupa-rupanya maz silap :)






Wednesday, October 17, 2012

9 Minggu Usia Kandunganku

Hi semua,hari ni baru maz dapat update blog. Hari-hari sebelum ni tak larat, Tengak je PC sakit kepala, And rasa menyampah. Tambah-tambah bila maz selalu muntah, bukan muntah diwaktu pagi sahaja, Tapi tidak kira waktu, Dari pagi hingga la kemalam. Selagi tak tidur, selagi tu la muntah.. ermmm mmg betul-betul dugaan. Kadang-kadang air mata peneman dikala alahan datang..

Setelah beberapa hari maz cuti sakit, maka pada 3 Oct 2012 maz berjaya gagahkan diri untuk pergi buat buku pink untuk ibu yang mengandung. Masa pergi buat buku pink itu pun, maz still muntah-muntah.. 

Alhamdullilah pada hari itu orang tidak ramai, Kalau tidak entah laaaa,Sampai je kesana nurse panggil and mintak semua dokumen yang diperlukan untuk di isi didalm buku pink tu, Selepas dah isi kena ambil darah and check air kecing.. Penat juga laaa hari tu, Sebab tempat nk check air kencing and darah jauh. Tapi kena gagahkan juga..

Setelah semua selesai, tibalah masanya maz berjumpa doktor dan doktor pun scan perut maz.. hehehe teruja juga laa bila dapat tengak janin dalam perut nie, time tu janin tak duduk diam. Dia mcm goyang-goyang ajeee. Yang paling maz and hubby teruja bila dapat tengak jantung dia bergerak laju ajeee..

Bila doktot dah scan, baru tau berapa usia kandungan aku, Wahhhhh tak sangka dah 9 minggu 3 hari. Now rasa tak sabar nak scan untuk tengak boy or girl hehehe tapi lambat lagi la kan :p Orang kata tak elok kalau tiap-tiap bulan kita scan.



9 Week 3 Days



Sunday, September 23, 2012

Filem Bait Memang Best

Ari cuti boleh laa rehatkan minda aku yg alahan teruk time mengandung nie. So ari nie aku,Adik ipar And En Somi g tgk wayang.. Sampai je AEON Pengkalan terus terjah wayang hehehe.. Smpai je pintu masuk wayang nmpk poster BAIT.. Perhhh Apa agi terus laaa beli tiket..

Spe yg tak tgk cite nie mmg rugi ler.. Nasib baik kandungan aku baru 2 bulan.. Klu 5 bulan ke atas mau terkeluar anak aku kot hehehe.. Cite dia byk kasi aku terkejut2 lak hehehe tapi best :P penuh juga mlm tu.. set semua penuh, cuma kerusi baris depan sekali tu jee tk ada orang langsung.. Letih tengkuk kot langut jeee tgk klu duk depan sekali :P

Yang pasti awal-awal cite dah ada aksi cemas, Kisahnya bermula, Bila Tsunamai berlaku dan ikan jerung terlepas dan teperangkap didalam sebuah pasar raya bersama mangsa-mangsa yang ada didalam pasar raya itu. Didalam pasar raya itulah bermulanya keganasan ikan jerung. Opsttt mn blh cite lebih-lebih.. Apa kata korang semua g tgk.. Mmg tk rugi okey :)


Google Images

Wednesday, September 5, 2012

Begitu Perit Diawal Kehamilan.

10.25am
Ya Allah Ya Tuhan Ku,Aku Mohon Padamu kuatkan semangat aku, Aku Semakin tidak berdaya, Tetapi demi anak yang aku kandungkan sekarang,aku perlu kuatkan diri aku, Hari ini hari khamis, 6.9.2012 aku masih muntah-muntah, Sudah pelbagai cara aku cuba untuk mengurangkan muntah aku,Tapi aku tetap sentiasa muntah. Hanya air mata peneman aku ketika ini, Aku tahu mmg ada ibu mengandung yang lebih teruk alah dari aku,Tetapi aku terima ini semua sebagai 1 ujian untuk aku, Moga anak yang aku kandung ini menjadi seorang yang soleh dan solehah.

Hari ini pagi-pagi lagi aku dah cuba makan 2 biji karipap dan air oren Minute Maid Pulpy, Tapi aku masih muntah, Apa makanan yang perlu aku makan. Aku dah tak tau nk makan apa. Apa yang aku makan semua akan keluar semula. Aku takut anak aku tak cukup zat. Apa yang perlu aku buat lagi ni, Bila tanya orang sekeliling, Semua mintak aku makan,Tapi apa yang aku makan semua akan keluar semula. Ya Allah begitu berat ujian yang KAU berikan kepada hambamu yang lemah ini :(


1.00pm
Alhamdullilah lunch tadi aku berjaya makan hehehe ngada-ngada perut aku ni, Nak mkn benda sedap je, Blurpp kenyang bila dpt mkn MCD 2 ketul ayam, Harap lps makan ni aku tak muntah la. ermmm sll nya mmg akan keluar semula.Kalau keluar tak tau la macam mana nanti :(




5.00pm
Wahhhh dah pukul 5 ptg alhamdullilah ayam MCD tadi masih ada dalam perut aku, Lega rasanya. Cuma kepala je rasa pening sikit, Harap2 aku tak akan muntah smpai laaa esok pagi dan hari-hari seterusnya, Amin :)


8.00pm
Sedihhh aku muntah juga akhirnya. Kesian kat laki aku terpaksa layan kerenah aku nie.. Apa2 pun tq syg coz sudi sapu2 kan BAM kat belakang badan bini mu ini.. Jasa mu tetap ku kenang. Luv u syg muahhh.

Deaktif Facebook Untuk Sementara Waktu

Entah kenapa,Sejak mengandung nie banyak benda yang aku suka,aku jadi tak suka, Termasuk la FACEBOOK, Buka facebook rasa menyampah jeee, Maka untuk hari ini,Maz berjaya DEAKTIF FACEBOOK tanpa rasa sedih atau kecewa hehehe :P

Ermmm tengak laaa lama mana maz boleh hidup tanpa facebook disisi :P Adehhhh Tapi satu je tak boleh nak buat bila tak ada facebook, Nak bergosip tak dapat laaa :p




Morning Sicknes Yang Teruk :(

Hari ini 5.9.2012 aku mengalami morning sicknes lg, Ya allah amat berat dugaan yang engkau berikan kepada aku. Kebetulan bos pun tak ada dekat office, Terus terang maz cakap muntah tanpa henti adalah benda yang paling perit yang perlu maz lalui ketika mengandung, Tiap kali muntah jeee pasti maz akan menangis, puncanya sebab sakit dada dan tekak bila kita kerap muntah, Dalam 1 hari bukan 3 atau 4 kali muntah, tetapi lebih dari 10 kali, Peritkan ermmm :(

Alhamdullilah hari nie tidak la seteruk mula-mula maz muntah tanpa henti, masa tu pergi klinik kerajaan dan doktor mintak maz pergi ke hospital besar ipoh untuk rawatan seterusnya.. Doktor dari klinik buatkan surat untuk rujukan,Sedih dan takut pun ada.


Alhamdullilah selepas mendapat rawatan dihospital besar,doktor memberi maz ubat untuk menambah tenaga,ini kerana maz kerap muntah dan ia menyebabkan badan maz banyak kehilangan tenaga dan zat dalam badan.

Untuk mengelakkan maz selalu muntah,maz cuba makan buah-buahan, Alhamdullilah lepas makan buah, terasa segar dan loya (muntah) pun berkurangan. Buah sahaja yang boleh maz makan untuk sementara waktu, Kalau makan nasi atau benda lain mesti keluar semula. :(

Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Hi korang semua. Assalammualaikum untuk kawan kawan islam maz yang view blog maz nie. Harap korang semua sihat dan di murahkan rezeki selalu...